Monday, July 13, 2020

updated 12:53 PM UTC, Jul 12, 2020

Dua penganggur mengaku tidak bersalah cederakan remaja dengan parang

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 1 Jun - Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas tuduhan mencederakan seorang remaja berusia 17 tahun menggunakan parang, awal bulan lepas.

Bagaimanapun, selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim, Kamarudin Kamsun kedua-dua tertuduhh mengaku tidak salah.

Tertuduh, Lee Lok Heng 19 tahun dan Saw Shing Sean, 28 tahun didakwa melakukan kesalahan itu, pada 11.50 malam 13 Mei, dihadapan sebuah restoran di Pekan Kelapa Sawit, Kulai bersama seorang lagi suspek yang masih bebas.

Kedua-dua penganggur itu di tuduh mengikut Seksyen 326 dan 34 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Aqilah Ahmad Fuad, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yap Che Kai dan Woh Sze Han.

Mahkamah kemudian membenarkan mereka diikat jamin RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula 19 Julai depan.