Monday, July 6, 2020

updated 11:55 AM UTC, Jul 6, 2020

15 wanita dikompaun berzumba dalam tempoh PKPB

  • Published in Jenayah

SUNGAI PETANI, 31 Mei - Padah berzumba dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

15 wanita dikompaun selepas didapati melanggar PKPB di Sungai Petani, Kedah pada Jumaat.

Kesemua mereka berumur antara 25 hingga 50 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah dalam satu kenyataan berkata, mereka didapati melakukan aktiviti terbabit di sebuah premis di Taman Pekan Rabu tanpa alasan munasabah.

Pemeriksaan dilakukan sepasukan polis ketika membuat rondaan cegah jenayah dan penguatkuasaan pemantauan PKPB.

Kesalahan disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.