Monday, July 13, 2020

updated 12:53 PM UTC, Jul 12, 2020

Individu perlekeh keputusan benarkan 12 jemaah tunai solat Jumaat

  • Published in Jenayah

KULAI, 30 Mei - Seorang individu yang didakwa memuat naik kenyataan memperlekehkan keputusan membenarkan 12 jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid, menggunakan akaun Facebook Manrosmaneo 15 Mei lalu, telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kulai, 19 Mei lalu.

Lelaki berusia 45 tahun itu hadir ke IPD Kulai kira-kira pukul sembilan pagi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, polis turut merampas telefon bimbit individu tersebut.

Suspek telah direman tiga hari bermula 20 hingga 23 Mei dan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM.

Suspek dijangka akan dituduh di mahkamah Isnin ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505 B kanun keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

16 Mei lalu, Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi membuat laporan polis di IPD Kulai selepas individu terbabit memuat naik kenyataan menyifatkan 12 jemaah yang menunaikan solat jumaat sebagai 12 ekor monyet.

Jelas Tosrin, kenyataan itu merupakan penghinaan kepada Agama Islam, sekaligus ingkar kepada Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan keputusan Jawatankuasa Fatwa Agama Islam Negeri Johor.