Monday, July 13, 2020

updated 1:31 AM UTC, Jul 13, 2020

Sebar laporan polis palsu, posmen didenda RM1,500

  • Published in Jenayah

SEBERANG PERAI, 29 Mei - Seorang posmen didenda RM1,500 oleh Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang kerana membuat laporan polis palsu.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh dengan niat agar pihak berkuasa menahan individu yang tidak sepatutnya.

Muhamad Syazwan sebelum ini tular di laman sosial dengan kisah sedih seorang posmen yang tidak menerima bonus sehingga orang ramai mengumpul dana untuk memberi sumbangan kepadanya.

Bagaimanapun, Pos Malaysia mengesahkan dia bersama tiga yang lain sengaja mewujudkan dana bantuan palsu.

Syazwan kemudiannya membuat laporan polis menafikan terlibat kutipan sumbangan itu.

Namun hasil soal siasat mendapati keterangan tertuduh meragukan.