Monday, July 6, 2020

updated 11:55 AM UTC, Jul 6, 2020

29 individu didenda RM1,000 berhibur dalam premis hiburan

  • Published in Jenayah

IPOH, 29 Mei - Mahkamah Majistret Ipoh mengenakan denda RM1,000 setiap seorang terhadap 29 individu termasuk tiga wanita atas kesalahan melanggar arahan PKPB.

Mereka didakwa terlibat dalam perhimpunan bagi maksud bersosial dalam sebuah pusat hiburan di Jalan Lau Ek Ching, Ipoh pada pukul 9.30 malam, 26 Mei lalu.

Kesemua tertuduh berusia antara 19 hingga 37 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan serentak di hadapan Majistret Umzarul An Nur Umar.

Mereka didakwa melanggar Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Pemilik pusat hiburan turut didenda dalam jumlah sama kerana menganjurkan aktiviti terlarang.