Logo

RM1.9 juta Syabu dirampas, 2 suspek berusia 22 dan 29 tahun ditahan

 

JOHOR BAHRU, 25 Mei - Polis merampas dadah jenis Syabu seberat kira-kira 47 kilogram, dengan anggaran nilai RM1.9 juta dalam satu serbuan di Teluk sengat, Kota Tinggi, Johor Jumaat lalu.

2 suspek berusia 22 dan 29 tahun turut ditahan ketika cuba menyeludup keluar dadah berkenaan ke Indonesia.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua dadah tersebut disorok di dalam bot ‘fiber’ yang diubahsuai, bagi mengaburi Polis.

Polis turut menyita sebuah kereta, motosikal, bot fiber dan enjit bot yang keseluruhannya bernilai RM73,000.

Polis sedang memburu saki baki sindiket itu dan dua suspek direman 7 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.