Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

Dua sepupu maut, motosikal terbabas

  • Published in Jenayah

TUMPAT, 23 Mei - Dua sepupu maut setelah motosikal yang ditunggangi mereka terbabas di Kampung Jubakar Darat, Tumpat.

Dalam kejadian sekitar pukul 5 pagi itu, Shahriman Yusof, 19 tahun dan Aiman Saifuddin Zakaria, 18 tahun dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

Menurut Bapa Shahriman; Yusof Awang, dia mengetahui kejadian berkenaan 10 minit selepas kejadian menerusi rakan anaknya.

Sebelum kejadian, kira-kira 12.30 malam tadi Shariman ada memberitahunya ingin keluar bersama sepupu untuk ke rumah rakan bagi memikat burung.

Beliau temui pemberita di perkarangan Unit Forensik Hospital Tumpat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Ab Rashid Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.