Tuesday, 24 November 2020

updated 12:21 PM UTC, Nov 24, 2020

Lari cukai, kastam rampas rokok dan minuman keras

  • Published in Jenayah

KUCHING, 22 Mei - Sebanyak RM 1.77 juta batang rokok dan lebih 26,000 liter minuman keras disyaki lari cukai dirampas Kastam Sarawak dalam operasi di Kuching, Rabu lepas.

Semakan mendapati, hasil rampasan bernilai RM 3.43 juta.

Menurut pihak berkuasa, operasi dilakukan hasil pemantauan di jalan Serian-Kuching.

Pasukan penguatkuasa berjaya memintas lori membawa barangan tersebut Batu 15 menuju ke Kota Samarahan.

Dua individu turut ditahan bersama sebuah treler dan kontena.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.