Tuesday, 24 November 2020

updated 12:21 PM UTC, Nov 24, 2020

Main judi di kandang kambing, 11 lelaki ditahan polis

  • Published in Jenayah


GELUGOR, 21 Mei - 
Pemantuan selama seminggu oleh pasukan polis, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang berjaya menahan 11 lelaki warga tempatan ketika leka bermain judi.

Serbuan di sebuah kandang kambing, belakang Kompleks Sukan Gelugor Pulau Pinang itu dilakukan kira-kira 2.30 pagi tadi.

Difahamkan, aktiviti perjudian itu bermula pada pukul 10 malam.

Polis turut merampas wang pertaruhan kira-kira RM 31,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan kejadian tersebut.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk siasatan lanjut dan direman selama 4 hari.