Wednesday, May 27, 2020

updated 1:35 PM UTC, May 27, 2020

Lelaki ingkar PKP turut positif dadah

  • Published in Jenayah

 

GEORGE TOWN, 27 Mac - Seorang lelaki ditahan pukul 10 malam semalam selepas didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Polis Pulau Pinang turut merampas dadah jenis Eramin 5 dan alat untuk menghisap dadah di dalam kenderaan suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek yang berumur 32 tahun itu, positif dadah.

Suspek direman pagi ini untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.