Monday, May 25, 2020

updated 7:32 AM UTC, May 25, 2020

PGA Simpang Renggam benteras sindiket edar rokok seludup

  • Published in Jenayah

 

BATU PAHAT, 15 Mac - Batalion Lima Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, berjaya menumpaskan sindiket edar rokok seludup.

Dengan nilai rampasan RM609,288 , 2 lelaki turut ditahan.

Mereka ditahan menerusi Ops Nyah Satu di sebuah kediaman di Taman Soga, Batu Pahat, pukul 11:30 malam semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion Lima PGA, Superintenden Jaafar Kaimi menerusi kenyataan berkata, hasil pemeriksaan di ruang tamu kediaman terbabit, 22,530 kotak rokok seludup ditemui melibatkan 415,120 batang rokok.

Manakala pemeriksaan keatas sebuah kereta pula menemukan wang tunai sebanyak RM9,720 disyaki hasil daripada penjualan rokok tersebut.

Kesemua rokok berkenaan dipercayai dipasarkan di sekitar daerah Batu Pahat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.