Saturday, March 28, 2020

updated 3:10 PM UTC, Mar 28, 2020

Operasi mencari lelaki terjun Sungai Batu Pahat berterusan

  • Published in Jenayah

 

 

BATU PAHAT, 15 Mac - Satu operasi mencari dan menyelamat dilancarkan bagi mengesan seorang lelaki dipercayai terjun Sungai Batu Pahat di Jambatan Peserai kira-kira pukul 8 malam semalam.

Operasi yang digerakkan oleh Polis serta Bomba dan Penyelamat itu melibatan kawasan sekitar lokasi mangsa terjun

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim menerusi kenyataan media berkata, sebuah motosikal dijumpai di lokasi, dipercayai milik mangsa, Tan See Wee, 52 tahun.

Selain polis serta bomba dan penyelamat, operasi turut melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim, Pasukan Polis Marin Wilayah Dua dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Teknik pencarian ketika ini bertumpu dibahagian permukaan sungai menggunakan bot.

Keadaan sungai yang keruh menyukarkan operasi mencari di dalam air, selain risiko berdepan buaya di sungai berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dijalankan sehingga laporan ini disiarkan.