Wednesday, May 27, 2020

updated 1:35 PM UTC, May 27, 2020

"Raja Jin" direman 14 hari

  • Published in Jenayah

DUNGUN, 20 Feb - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya 'Raja Jin' direman 14 hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen (3) Akta Penagihan Dadah 1983.

Perintah reman ke atas suspek berusia 34 tahun itu dikeluarkan Majistret Hazwani Husin Bustari di Mahkamah Majistret Dungun.

Lelaki berkenaan positif dadah jenis metamphetamine hasil saringan awal ujian air kencing.

Dia ditahan selepas menjadikan sebuah surau di kawasan peranginan Bukit Bauk, Dungun sebagai ‘istananya’ sejak Oktober 2018.

Tindakan aneh lelaki berkenaan menimbulkan kegusaran orang ramai yang ingin solat atau beriadah di sekitar kawasan hutan simpan itu apabila dia menghiasi kawasan sekitar serta bahagian dalam surau dengan kain kuning dan pelbagai lagi simbol, serta perhiasan.