Wednesday, November 20, 2019
updated 12:18 PM UTC, Nov 20, 2019

Nicki Minaj Tumpu Lakonan 2016

Los Angeles - Penyanyi Nicki Minaj mengaku bersedia beralih ke bidang lakonan selepas berjaya mencipta kejayaan dalam bidang muzik.

 

Nicki dikhabarkan sudah memberi persetujuan untuk terlibat dalam beberapa projek lakonan termasuk sebuah sekuel komedi berjudul Barbershop:The Next Cut sempena perancangan karier sepanjang tahun baharu ini.

 

“Ini adalah tahun untuk saya memberi tumpuan kepada bidang lakonan. Bahkan saya telah mengimpikannya sejak dulu lagi. Saya teruja untuk membintangi sitkom musim ketiga Barbershop. 

 

“Paling penting, saya juga percaya peminat tak sabar nak tengok lakonan saya di kaca televisyen,” katanya.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 414