Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

Filem Pecah Rekod ¨Star Wars¨ Mula Tayangan Di China

 

Beijing - Filem pecah rekod "Star Wars" mula tayangan di China, dan adakah filem ini berjaya menarik cukup penonton untuk mengatasi filem "Avatar" sebagai filem dunia yang berjaya meraih kutipan pendapatan yang tertinggi.

"Star Wars: The Force Awaken" adalah filem yang paling berjaya meraih kutipan tertinggi di pasaran Amerika Utara, setelah mula tayangan tiga minggu lalu.

Tetapi di peringkat antarabangsa, ia masih belum menewaskan filem "Avatar," iaitu satu filem sains fiksyen arahan James Cameron dengan alien warna biru. Menurut ox-Office¨ antarabangsa, kutipan yang terkini filem "Star Wars" berjumlah USD$ 1.6 bilion, berbanding dengan USD$ 2.8 billion yang diperolehi filem  "Avatar" yang keluarkan pada tahun 2009.

Tidak ramai penonton filem di Cina biasa dengan filem-filem "Star Wars."

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 418