Monday, 16 May 2022

Peluang Kedua, bukan penamat buat Nabila Razali

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Berikutan insiden 'menyanyi sumbang' ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua dalam sebuah pertandingan, Nabila Razali menjadi sasaran pengkritik termasuk sebahagian penggiat seni.

Situasi itu ternyata tidak mematahkan semangatnya malah beliau mahu menghasilkan karya terbaharu dalam jangkamasa terdekat.

Mengakui semakin sibuk bergelar usahawan, Nabila kini mahu melangkah kehadapan dengan mengabaikan sebarang kata-kata negatif.

Menurutnya, perkara itu bukan titik noktah untuknya berhenti menyanyi.

Nabila turut berpesan kepada rakan selebriti supaya memberi semangat dan tidak menjatuhkan antara satu sama lain memandangkan mereka sama-sama mencari rezeki dalam industri ini.

Nabila mengulas demikian semasa pelancaran produk kek lapis terbaharunya hasil kolaborasi bersama Big Mouth baru-baru ini.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Hiburan
  • Hits: 566