Friday, December 13, 2019
updated 1:02 PM UTC, Dec 13, 2019

Usaha mulia usahawan tempatan jual produk kecantikan bantu kanak-kanak penderaan seksual

KUALA LUMPUR - Seorang usahawan wanita tempatan menghasilkan sebuah produk yang diberi nama BUBBLES8 sebagai usaha membantu kanak-kanak penderaan seksual.

Jelas Pengarah BUBBLES8, Lila Ruzaini Mohd Hussain dengan hasil penjualan dan sokongan rakyat Malaysia terhadap produk buatan Malaysia tersebut, ia akan disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan, Helping Shoulder.

Tambahnya lagi, ia adalah usaha mulia yang turut disokong oleh pihak lain dalam mewujudkan produk body scrub lotion tersebut.

Produk BUBBLES8 adalah produk buatan tempatan dan mempunyai tarikan tersendiri seperti kandungannya yang selamat serta sesuai untuk semua jenis kulit badan.

Ia juga datang dalam pelbagai bentuk, warna serta wangian yang boleh menjadi pilihan orang ramai terutamanya golongan wanita.

Selain di Kuala Lumpur, BUBBLES8 juga mempunyai duta negeri yang dilantik khas bagi mempromosikan produk BUBBLES8 serta melaksanakan program dan kerja amal di setiap Negeri.

Duta-duta yang dilantik adalah seperti berikut, Kuala Lumpur - Ain, Sarawak - Dato Emma dan Sally, Perlis - Hawa dan bagi Pahang, Selangor, dan Johor - Fila dan Dian.

Ini bertujuan memudahkan orang ramai di luar kawasan Kuala Lumpur untuk membeli produk tersebut.

BUBBLES8 juga dijangka mampu meluaskan lagi pasarannya di negeri-negeri lain mengikut sambutan serta permintaan orang ramai.

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi Pengarah BUBBLES8, Lila Ruzaini Mohd Hussain di talian 012-3119759.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Hiburan
  • Jumlah paparan: 121