Wednesday, 8 February 2023

 

Reen Rahim dapat tajaan RM15 juta

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Pelakon, Reen Rahim menerima tajaan barang kemas dan busana perkahwinan berjumlah lebih RM15 juta.

Setelah mengenali hati budi jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Mr.H, Reen bakal menamatkan zaman bujangnya hujung bulan ini.

Ketika ditemui pemberita, Reen turut berkongsi bahawa mereka sebenarnya sudah bertunang pada 12 Ogos lalu tanpa pengetahuan ramai dan sedang mengadakan persiapan majlis yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Reen, 34 juga bersyukur kerana akan mengadakan tiga majlis dengan pertolongan daripada kawan-kawan dan tajaan daripada beberapa penaja iaitu majlis berinai, akad nikah dan resepsi.

Identiti sebenar tunangnya yang enam tahun lebih muda daripadanya itu masih dirahsiakan bagi menjaga privasi keluarga lelaki itu.

Evolusi KL Drift: The Series antara drama yang pernah mengangkat nama pelakon dan model itu dalam industri seni.

(Reen Rahim)