Wednesday, 8 February 2023

 

Dior julung kali anjur pertunjukan fesyen di Dataran Tinggi Giza

  • Published in Hiburan

CAIRO, 5 Disember- Christian Dior buat julung kalinya mengadakan pertunjukan fesyen di Dataran Tinggi Giza berhampiran kompleks piramid terkenal di Mesir, menurut Kementerian Pelancongan dan Arkitek negara itu.

Pada Sabtu, Dior mempersembahkan koleksi lelaki musim luruh/sejuk 2023.

"Ia merupakan pertunjukan fesyen pertama Dior di Mesir dan kali pertama dalam sejarah pertunjukan fesyen berlangsung di Piramid Giza," menurut kenyataan media kementerian.

(Pertunjukan fesyen Christian Dior di Dataran Tinggi Giza/FOTO AFP)

Pada Oktober, pereka Itali Stefano Ricci mengadakan pertunjukan fesyen di Mortuary Temple Hatshepsut di Luxor, selatan Mesir. -AFP