Thursday, 8 December 2022

'Road to Oscar', menghasilkan filem ke persada antarabangsa

  • Published in Hiburan

PETALING JAYA, 28 September- Malaysia bakal bekerjasama dengan kerajaan Thailand bagi menghasilkan filem Setanggi Ratna Inderapura.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata usahasama itu diyakini menjadi nilai tambah kualiti filem hingga mampu dibawa ke persada antarabangsa.

"Hari ini jugakita telah berbincang dengan pengedar Suraya, industri filem ini kita kita akan ada beberapa kerjasama dengan syarikat filem di Thailand. Salah satunya yang kita telah cadangkan cerita tentang Sultanah Pahang dahulu yang dipanggil Indra Putra iaitu Ratu Ungu", katanya selepas Majlis Pelancaran Filem Love Destiny, di sini.

"Kita tengah bincang dengan syarikat di Thailand adakan usahasama, di mana kita dapat melahirkan satu filem antarabangsa yang bermutu untuk kita pasarkan bukan sahaja di Malaysia dan Thailand dan juga di peringkat antarabangsa", katanya.

Tambah beliau, ia juga merupakan salah satu inisiatif kerajaan ke arah 'Road to Oscar'.


(Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin)