Monday, 16 May 2022

Priyanka dan Nick Jonas timang anak melalui ibu tumpang

  • Published in Hiburan

FOTO INSTAGRAM



CALIFORNIA, 22 Januari- Pelakon Priyanka Chopra Jonas dan suaminya Nick Jonas mengumumkan di laman Instagram mereka pada Jumaat bahawa mereka menyambut anak pertama mereka bersama.

Priyanka berkata anaknya dilahirkan oleh seorang ibu tumpang pada 15 Januari.

"Kami sangat gembira untuk mengesahkan bahawa kami telah menimang seorang bayi melalui ibu tumpang," menurut kenyataan pasangan itu.

Pasangan itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama atau jantina bayi mereka.

Pada 2018, pelakon dan pemuzik itu berkahwin di India.

Mereka mengikat tali pertunangan selepas empat bulan bercinta.- AP