Friday, 27 May 2022

Semua atlet dibenar guna kemudahan MSN meskipun digugur daripada latihan kebangsaan

  • Published in Hiburan



KUALA LUMPUR, 11 Januari- Kesemua atlet yang digugurkan daripada program latihan kebangsaan tetap dibenarkan untuk menggunakan kemudahan di Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Kebenaran itu diberikan ketika latihan berfasa selama enam minggu yang akan dilaksana dalam masa terdekat.

Menurut Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin, pihaknya sedang mengadakan bengkel bersama persatuan sukan kebangsaan untuk membincangkan tarikh sesuai melaksanakan latihan itu.

Selain itu, pihaknya turut merancang untuk menganjurkan beberapa kejohanan domestik bagi memberi atlet peluang melayakkan diri ke Sukan SEA.

Tambah beliau, perincian tersebut akan dibincangkan dalam tempoh seminggu ini dan sekiranya atlet berjaya layak ke Sukan SEA, mereka akan diserap ke dalam program latihan MSN.

MSN juga akan menyediakan tempat tinggal, makanan dan kemudahan lain ketika latihan berfasa tersebut kepada semua atlet yang terlibat.

MSN sebelum ini menggugurkan 144 atlet kebangsaan, dan hanya mengekalkan 293 atlet bagi tahun ini, selain mengurangkan elaun latihan.