Friday, 27 May 2022

Kuota dan kos haji belum muktamad - Idris Ahmad

  • Published in Hiburan

FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA, 11 Januari- Kuota dan kos haji pada tahun ini masih belum dimuktamadkan meskipun kerajaan Arab Saudi membenarkan ibadah haji dilaksanakan musim ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad berkata, perbincangan pihaknya dengan kerajaan Arab Saudi telah diadakan Disember lalu sebelum munculnya varian baharu COVID-19, Omicron.

Kebiasaan sebelum ini, kuota haji dari Malaysia yang dibenarkan adalah seramai 30,000 jemaah.

Jelasnya lagi penggiliran juga bergantung kepada pihak Lembaga Tabung Haji untuk menentukannya mengikut keutamaan jemaah yang telah disenaraikan.

Beliau juga berharap agar tidak timbul kluster lain yang menyebabkan berlakunya sekatan untuk membenarkan jemaah Malaysia menunaikan ibadah haji tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada warga agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama yang terjejas banjir di Putrajaya.

Sebanyak RM338,000 diperuntukkan kepada 338 orang warga agensi agama di bawahnya.