Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Rakyat berhak dapat akses maklumat, buat keputusan tepat dan bijaksana PRU DUN Melaka

  • Published in Hiburan

ANGKASAPURI, 17 November - Rakyat berhak mendapat akses maklumat yang cukup untuk membuat keputusan tepat dan bijaksana bagi PRU DUN Melaka.

Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Kerajaan mempunyai keyakinan terhadap kematangan rakyat untuk membuat penilaian.

Justeru, Platform yang disediakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kepada semua calon yang bertanding, perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Kebenaran menyiarkan poster dan biodata calon PRU DUN Melaka menerusi RTM dapat memberi ruang lebih luas kepada calon bertanding memperkenalkan diri kepada pengundi.

Beliau ditemui selepas program Bicara Naratif di Wisma Berita, Angkasapuri

Bermula 14 November lalu, setiap calon yang bertanding PRU DUN Melaka dibenar membekalkan bahan kempen untuk disiarkan melalui saluran RTM