Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

FFM, Anugerah Seri Angkasa bakal kembali dalam usaha menghidupkan semula industri seni kreatif Malaysia

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR, 13 November - Filem Festival Malaysia dan Anugerah Seri Angkasa akan dianjurkan semula pada tahun hadapan, bagi terus mnghidupkan industri seni kreatif.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar berkata demikian pada majlis Usaha sama Art In the City AITC 2021 anjuran Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya CENDANA dan Mycreative Ventures di ibu negara.

Pada majlis itu seramai 55 rakan usaha sama diperkenalkan bagi menjayakan festival AITC 2021 sehingga Disember ini.