Pemain industri kreatif, syarikat penerbitan berperanan besar bina acuan negara bangsa tanpa pinggir nilai komersial
- Written by Media Baharu
- Published in Hiburan
KUALA LUMPUR, 1 November - Pemain industri kreatif dan syarikat penerbitan disaran menghayati secara mendalam setiap polisi dan dasar kerajaan agar falsafah kenegaraan dapat diserlahkan dalam penghasilan program.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, mereka memainkan peranan besar membina acuan negara bangsa tanpa mengenepikan nilai komersial.
Tan Sri Annuar ditemui selepas Majlis Amanat bersama penerima Surat Setuju Terima Perolehan Program TV RTM di Angkasapuri.