Logo

Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim dilantik terajui FINAS

KUALA LUMPUR, 1 November - Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu FINAS.

Pelantikannya bagi menggantikan bekas CEO, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang melepaskan jawatan dan mengakhiri tugas berkuat kuasa pada 15 Oktober lalu.

Pelantikan Dr. Md Nasir berkuat kuasa hari ini sehingga 30 Oktober 2023.

Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek dalam satu kenyataan berkata, Prof Dr. Md Nasir berpengalaman luas dan ketokohan dalam bidang pengurusan industri kreatif serta pembangunan polisi, tadbir urus dan pendidikan dalam seni budaya di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Beliau diyakini mampu memacu FINAS sebagai badan peneraju untuk menggalak, memelihara dan menyumbang kepada kemajuan industri perfileman negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.