Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Lapangan terbang antarabangsa bakal dibina di Kuantan

  • Published in Hiburan

KUANTAN, 25 Oktober - Lapangan terbang bertaraf antarabangsa bakal di bina di Gebeng, Kuantan.

Ia setelah secara dasarnya dipersetujui Majlis Perancangan Fizikal Negara.

Perkara berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Khamis lepas, dengan kerajaan negeri diminta membuat kajian mendalam projek itu, yang akan menjadi sebahagian daripada rancangan Pahang mewujudkan bandar aeroangkasa di Gebeng menjelang tahun 2050.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri telah menyenaraikan 731 projek bernilai RM50 billion.

Pembinaan lapangan terbang tersebut merupakan antara projek utama yang menyokong kepada pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP).

Tambah beliau, cadangan projek itu mengambil kira keperluan sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa di negeri Pahang dan pantai timur khususnya yang menawarkan penerbangan dari negara luar terus ke Kuantan.

Beliau berkata demikian pada Sesi Roadshow Pasca RMKe-12 oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bersama kerajaan negeri di Kuantan.