Semua pihak perlu bertanggungjawab menjaga disiplin dan SOP di set penggambaran
- Written by Media Baharu
- Published in Hiburan
KUALA LUMPUR, 24 Oktober - Semua pihak perlu bertanggungjawab untuk menjaga disiplin dan prosedur operasi standard (SOP) di set penggambaran.
Ia bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima menzahirkan kebimbangan sekiranya kelonggaran aktiviti penggambaran dalam kalangan industri kreatif boleh ditarik balik apabila perkara itu diabaikan.