Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

Sambutan Hari Malaysia bakal berlangsung malam ini, patuh SOP

  • Published in Hiburan

KOTA KINABALU, 16 September - Hari ini satu lagi peristiwa bersejarah yang wajib diingati apabila penyatuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia pada 1963.

Untuk itu, sekali lagi Sabah di pilih sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia 2021.

Bertemakan Malaysia Prihatin, sambutan bakal berlangsung malam ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Mohammad Mentek berkata segala persiapan rapi telah dijalankan dan segala komitmen serta kerjasama telah diberikan oleh agensi kerajaan Sabah.

Pihaknya akan memastikan penganjuran majlis mematuhi SOP ditetapkan termasuk penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka sebagai langkah mencegah jangkitan COVID-19.

Orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung sambutan Hari Malaysia menerusi saluran Berita RTM dan TV1.