Logo

GSC, TGV umum tarikh pembukaan semula

KUALA LUMPUR, 14 September - Dua operator pawagam terbesar Malaysia iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV, akhirnya mengumumkan tarikh pembukaan semula premis hiburan itu.

Selari dengan SOP ditetapkan, ia hanya dibuka kepada individu yang lengkap vaksinasi.

GSC menerusi hantaran di Instagram mengumumkan 17 cawangannya serta Aurum Cinemas di Lembah Klang, wilayah Utara dan Selatan akan dibuka Khamis ini sempena sambutan Hari Malaysia.

Pawagam di lokasi lain pula akan dibuka semula pada minggu berikutnya iaitu 23 September.

Pengurus Besar Bahagian Jualan dan Pemasaran TGV Cinema Mohit Bhargava pula memaklumkan pawagam kendalian syarikat itu akan turut dibuka pada 23 September.

Keputusan dibuat selepas berunding dengan studio untuk mendapatkan kelulusan badan penapis tempatan bagi filem mereka.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.