Siti Sarah meninggal dunia, bertarung nyawa akibat COVID-19
- Written by Media Baharu
- Published in Hiburan
KUALA LUMPUR, 9 Ogos - Siti Sarah Raisuddin yang bertarung nyawa akibat COVID-19 , kini disahkan meninggal dunia.
Pihak pengurusan penyanyi itu memberitahu; Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Siti Sarah ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan pada Jumaat lalu
Siti Sara ditempatkan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM.
Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata Uwais , 10 tahun, Dzahira , 8 tahun , dan Ariq , 6 tahun, disahkan positif COVID-19.