Tuesday, 21 September 2021

updated 10:22 AM UTC, Sep 21, 2021

Pelakon dan pelawak, Ramasundran Rengan meninggal dunia

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR, 26 Mei - Pelakon dan pelawak terkenal, Ramasundran Rengan meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur, pukul 2 pagi tadi.

Mendiang berusia 57 tahun dipercayai meninggal dunia akibat mengalami masalah bengkak di kaki disebabkan jangkitan dan alah dengan ubat-ubatan.

Berita kematian mendiang disahkan Presiden Seniman, Zed Zaidi menerusi kiriman Whatapps.

Doktor juga mengesahkan mendiang turut mempunyai sejarah masalah jantung.

Mendiang Ramasundran yang juga Naib Presiden Persatuan Teater Malaysia dan Penolong Setiausaha Yayasan Artis Veteran Malaysia ini mula menceburi dunia lakonan sejak tiga dekad lalu dengan membintangi pelbagai drama dan sitkom.