Friday, 25 June 2021

updated 3:00 AM UTC, Jun 25, 2021

Perlu mohon Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas untuk penggambaran di kawasan PKP

  • Published in Hiburan

PETALING JAYA, 6 Mei - Syarikat produksi perlu memohon Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) untuk melakukan aktiviti penggambaran di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi satu kenyataan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) memaklumkan, permohonan SPP Khas itu boleh dibuat di laman rasmi FINAS di www.finas.gov.my. bermula hari ini sehingga 17 Mei.

Finas turut memaklumkan, kelulusan bagi permohonan berkenaan tertakluk kepada pematuhan semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, bagi kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), aktiviti penggambaran boleh diteruskan dengan syarat perlu mematuhi SOP penggambaran yang ditetapkan MKN.

Selain itu, perlu mematuhi semua garis panduan meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan.