Wednesday, 4 August 2021

updated 1:18 PM UTC, Aug 4, 2021

Telemovie 'Penyiasat Viral' didik masyarakat bijak guna media sosial

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR, 2 Mei - Mahu mendidik masyarakat agar bijak menggunakan media sosial selain tidak taksub dengan apa yang dipaparkan, sutradara muda, Wan Affendy Abdullah tampil dengan buah tangan terbaru, Telemovie Penyiasat Viral.

Jelas Wan Affendy, elemen cinta bukan lagi intipati utama, tetapi nilai persahabatan diangkat dalam telemovie tersebut.

Antara barisan artis yang membintangi Penyiasat Viral ialah Elizabeth Tan, Jaja Eylias dan Lia Natalia.

Terdahulu, barisan produksi itu ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Telemovie Penyiasat Viral bakal disiarkan pada 8 Mei ini, pukul 10:00 malam di TV2.