Logo

Peritnya PKP, perniagaan diusahakan Ezad Lazim terkubur

KUALA LUMPUR, 1 Mei - Sebagai manusia kita hanya mampu merancang.

Jika apa yang dirancang tidak menjadi mungkin ada rezeki lain yang lebih baik.

Ia seperti dialami penyanyi yang juga pelakon, Ezad Lazim.

Perniagaan yang baru sahaja dilancarkan awal Mac tahun lalu bersama isteri serta beberapa rakan kongsi tidak dapat diteruskan akibat penularan pandemik COVID-19.

Jelas Ezad kepada BDiva, perniagaan perancang perkahwinan itu mungkin terkubur begitu sahaja.

Akui terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19, Ezad terus bangkit dan kini mengusahakan perniagaan makanan sejuk beku dan makanan segera.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.