Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Awal,Scha guna bahasa bersesuaian di media sosial

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR, 1 Mei - Golongan artis dan personaliti terkemuka perlu lebih peka terhadap perkongsian kandungan media sosial masing-masing bagi mengelak timbulnya salah faham.

Bagi pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya, selain menjadikan medium tersebut sebagai promosi kerjaya, platform media sosial mereka juga perlu diteliti terutama dalam penggunaan bahasa bersama warganet.

Dalam perkembangan lain, mereka yang baru dilantik sebagai duta makanan segera turut menyifatkan, tugas sebagai duta memerlukan tanggungjawab yang lebih berat khususnya kepada komuniti.

Pada Februari lalu, pasangan tersebut baru sahaja dikurniakan bayi perempuan dan meluahkan perasaan syukur kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan cahaya mata mereka.