Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

FINAS tawar dana kepada syarikat produksi tempatan

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR, 28 April - Finas dengan kerjasama RTM menawarkan Dana PELAKSANA 3.0 Kenegaraan kepada syarikat produksi tempatan bertujuan meningkatkan penghasilan karya kandungan kreatif bertemakan kenegaraan.

Tawaran dana itu juga berupaya menjana semula ekonomi industri kreatif yang terkesan akibat COVID-19.

Finas melalui kenyataan medianya memaklumkan, dana itu ditawar kepada syarikat produksi tempatan menerbitkan karya bagi slot khas di platform stesen televisyen bertemakan kenegaraan.

Ia melibatkan kategori penerbitan drama bersiri mini lapan episod dan supertelemovie.

Selain itu Finas turut menawarkan Dana Program TV atau 'over-the-top' (OTT) dengan kerjasama Media Prima kepada syarikat produksi tempatan yang melibatkan penerbitan supertelemovie.

Permohonan bagi dua dana tersebut dibuka sehingga 25 Mei ini melalui laman sesawang Finas.