Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Langgar SOP: Neelofa dan keluarga dikompaun RM60,000

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR, 27 April- Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dikompaun RM20,000 atas dua kesalahan.

Kesalahan pertama, Neelofa selaku penganjur telah gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal 1 meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung pada Mac lalu.

Kesalahan kedua, Neelofa dikompaun kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

Manakala suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail turut dikompaun sebanyak RM10,000 kerana melanggar perintah kawalan untuk tujuan merentas negeri.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah dalam satu kenyataan media.

Bagi ketiga-tiga kesalahan tersebut, pihak berkuasa tidak memberi sebarang potongan diskaun pembayaran kompaun.

Kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang turut dikompaun sebanyak RM1,500 seorang berjumlah RM30,000 kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) tiada penjarakan fizikal.

Jumlah keseluruhan kompaun yang dikenakan terhadap Neelofa dan keluargnya sebanyak RM60,000.

Neelofa dikompaun di bawah Peraturan 19 - Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat).