Logo

'Jalinan Kasih Aidilfitri' KLASIKfm, gabungan artis lama dan baharu

PETALING JAYA, 19 April - Menggabungkan artis lama dan baharu, itu konsep program khas Aidilfitri stesen Radio KlasikFM.

Bertemakan 'Jalinan Kasih' KlasikFM berkolaborasi dengan Hotel Espira Sri Petaling, mempersembahkan lagu raya malar segar dan juga moden, yang turut dinyanyikan Juara bintang klasik nasional.

Penerbitnya, Hamidah Aris berkata, rancangan yang bakal bersiaran pada raya kedua dan ketiga, menampilkan artis popular seperti Wani Hasrita dan Tajul, serta artis popular tahun 80-an, Aman Shah.

Hamidah ditemui pada Program Jalinan Kasih Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim di Petaling Jaya.

20 anak yatim dari Rumah Cahaya kasih Bestari, Subang diraikan pada majlis ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.