Logo

Program khas Ramadan di TV1 dan TV2

KUALA LUMPUR, 16 April - Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1 dan TV2 menyajikan pelbagai program menarik buat tatapan para penontonnya.

Bertemakan 'Sucinya Ramadan', pelbagai program baharu turut diperkenalkan selain rancangan berkonsepkan kerohanian dan keagamaan yang menjadi program tetap setiap tahun.

Menurut Pengurus Saluran TV1, Mohammad Yusari Ameer Mohd Yusof, sebanyak 26 program khas Ramadan akan disiarkan melibatkan 370 jam waktu siaran.

Antara program menarik TV1 adalah Borak Dulu #Baru Buka, Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom, Salam Pagi, drama 'Makcik Bawang' selain program tunjang RTM, Syahadah.

Sementara itu, program-program di saluran TV2 pula tertumpu kepada genre drama, majalah dan hiburan dengan peruntukan 114 jam waktu siaran bagi program khas Ramadan.

Antara program menarik di TV2 adalah drama Di Hujung Ranting, Calon Menantu Tuan Rumah, rancangan memasak 'Sudip Pusing Dunia' serta tayangan filem-filem aksi dan komedi luar negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.