Saturday, 15 May 2021

updated 2:37 PM UTC, May 15, 2021

Pelakon veteran, Abu Bakar Omar meninggal dunia

  • Published in Hiburan

ALOR SETAR, 16 April- Pelakon veteran, Abu Bakar Omar menghembuskan nafas terakhir di Kedah Medical Centre pada pukul 9:04 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 72 tahun dipercayai meninggal dunia akibat masalah jantung.

Menurut anaknya, Zainuddin Abu Bakar, baru-baru ini Allahyarham sering mengadu kepenatan sebelum menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Kampung Bukit Nyamuk Kuala Nerang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar, Kedah selepas solat Asar.