Logo

Syahadah angkat tema 'Refleksi Kalimah' musim ini

KUALA LUMPUR, 14 April - Refleksi Kalimah diangkat tema rancangan Syahadah musim ke-15 dokumentari khas Ramadan terbitan Unit Majalah dan Dokumentari (UMD RTM) tahun ini.

Penolong Pengarah UMD, Azura Mohamed Yusof memberitahu, kali ini suntikan tadabbur Al-Quran dimasukkan sebagai elemen baharu di samping memaparkan lokasi-lokasi menarik dalam dan luar negara.

Jelasnya, pengisian tadabbur Al-Quran itu dikendalikan penceramah terkenal Datuk Dr Mohd Izhar Arif.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu Rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Syahadah merupakan rancangan tunggak terbitan UMD yang bersiaran setiap hari pada pukul 6:00 petang sepanjang Ramadan.

Musim kali ini yang menyiarkan 31 episod turut menawarkan hadiah menarik kepada pemenang kuiz mingguan dan terkumpul.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.