Logo

Pelakon drama, Noryati Taib meninggal dunia

JOHOR BAHRU, 7 April - Pelakon drama, Allahyarham Noryati Taib yang meninggal dunia 1.45 pagi hari ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru, kira-kira 11.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham, 63 tahun dimandi dan disembahyangkan di Masjid Al-Ittihad, Taman Air Biru.

Anak ketiga Allahyarham, Faizul Hafiz Hashim, 36 tahun berkata Allahyarham mengadu tidak sedap badan kira-kira 12 tengah malam tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Hashim Mohd Yusoff, 65 tahun dan anak bongsu, Ezzahani Hashim, 31 tahun.

Allahyarham yang terkenal dengan panggilan ‘Makcik Petir’ pernah berlakon dalam pelbagai drama, antaranya Sindarela, SyurgaMu Ramadan dan Tari Tirana.

Pada September 2017, Allahyarham menghidap kencing manis hingga sebelah kakinya terpaksa dipotong di Hospital Sultan Ismail.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.