Pelawak veteran terkemuka, Datuk Jamali Shadat meninggal dunia
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Hiburan
KLANG, 3 Februari - Pelawak veteran terkemuka, Datuk Jamali Shadat telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.15 pagi tadi di kediaman anaknya di Klang.
Perkara tersebut disahkan oleh anak lelaki beliau, Fauzi menerusi Whatsapp.
Jelas Fauzi, keadaan bapanya sebelum ini sedikit uzur apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan sebelum meninggal dunia.
Beliau juga memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Pulau Indah, Pelabuhan Klang selepas Zohor.
Semoga roh Allahyarham Datuk Jamali Shadat dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.