Saturday, 6 March 2021

updated 2:25 PM UTC, Mar 6, 2021

Dana Kandungan Digital limpah manfaat buat penggiat seni

  • Published in Hiburan

ANGKASAPURI, 27 Disember - Kumpulan Nasyid In-Team antara 48 pemain industri muzik yang menerima Dana Kandungan Digital (DKD) bagi menceriakan kembali industri berkenaan.

Ahli In-Team, Muhammad Hazamin Harun menyifatkan keputusan kerajaan memperluas penerima DKD kepada pemain industri muzik tempatan sebagai tepat pada masanya terutama dalam situasi penularan pandemik COVID-19.

Dana tersebut dimanfaatkan kumpulan nasyid terkemuka itu untuk menganjurkan konsert bersempena ulang tahun ke-20 In-Team yang diadakan secara dalam talian pada 12 Disember lalu.

Penganjurannya bukan sekadar untuk mengubat kerinduan peminat malah membantu lebih 90 kru produksi yang terlibat menjana pendapatan.

Muhammad Hazamin juga berharap permohonan DKD tersebut dapat dibuka lebih awal pada tahun depan dengan nilai bantuan yang lebih besar.

Publisiti mengenainya juga perlu dipertingkat bagi membolehkan lebih ramai penggiat industri muzik tanah air memperoleh manfaat dana tersebut.

Beliau memaklumkannya kepada pemberita RTM di Angkasapuri.

Dana Kandungan Digital yang diperkenal pada 2015 pada asalnya dikhususkan untuk penggiat industri filem, dokumentari dan animasi sahaja sebelum diagihkan kepada penggiat industri muzik.