Saturday, 6 March 2021

updated 1:06 PM UTC, Mar 6, 2021

Single terbaharu Naim Daniel, Purnama, ajak pendengar menghargai dan mengasihi sesama insan

  • Published in Hiburan

ANGKASAPURI, 26 Disember - Selepas kejayaan lagu Sumpah pada Februari lalu, Naim Daniel kini makin popular dengan lagu baru Purnama.

Purnama dihasilkan menerusi penghayatan mendalam dan pilihan melancarkannya dalam tempoh dia menjalani kuarantin ternyata berbaloi.

Lagu Purnama ciptaan Amzar Razqa, Hanis Rafi dan Omar K.

Amzar, mengajak pendengar untuk menghargai dan mengasihi sesama insan.

Video muzik Purnama terbitan World Peace Entertainment pula memaparkan kisah seorang lelaki yang mengalami tekanan perasaan.

Video muzik berdurasi empat minit itu kini meraih 3.4 juta tontonan dan lebih 8,900 komen sejak dilancarkan 27 November lalu.