Saturday, 6 March 2021

updated 2:25 PM UTC, Mar 6, 2021

Persembahan Anugerah Nasyid Malaysia 2020 janji penuh elemen kejutan

  • Published in Hiburan

ANGKASAPURI, 25 Disember - Raihan, Rabbani, Hijjaz dan Brothers merupakan empat kumpulan nasyid terbesar dalam industri nasyid negara.

Buat julung-julung kalinya, empat kumpulan tersebut bakal berkongsi pentas membuat persembahan pada Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM) 2020, Ahad ini.

Azadan yang merupakan ahli kumpulan Rabbani berkongsi keterujaan dan menyifatkan acara itu merupakan gandingan hebat.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Unit Hiburan TV RTM, Ellia Norni menambah persembahan ANAM 2020 penuh dengan elemen kejutan.

ANAM 2020 yang mendapat kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan sokongan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan dirakam terlebih dahulu sebelum dipancarkan menerusi saluran TV1, pukul 9:00 malam, Ahad ini.