Sunday, 29 November 2020

updated 2:27 PM UTC, Nov 29, 2020

Penyanyi Sandra Dianne meninggal dunia

  • Published in Hiburan

PUTRAJAYA, 11 September - Selepas hampir seminggu berada dalam keadaan koma, penyanyi Sandra Dianne meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi.

Pemergian Sandra yang berumur 26 tahun dimaklumkan penyanyi dari Singapura, Sufie Rashid melalui laman Instagramnya.

Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sejak Sabtu lalu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Penyanyi kelahiran Sabah itu merupakan artis naungan syarikat rakaman Sony Music dan dikenali ramai menerusi lagu Hey Kau.

Rakan-rakan seperjuangan Sandra dalam satu program realiti tv turut berkongsi berita pemergian Allahyarham menerusi laman Instagram masing-masing.