Sunday, 29 November 2020

updated 2:27 PM UTC, Nov 29, 2020

Adiwira 'Black Panther' meninggal dunia akibat kanser usus

  • Published in Hiburan

LOS ANGELES, 29 Ogos  - Bintang adiwira Black Panther, Chadwick Boseman dilaporkan meninggal dunia semalam akibat kanser usus.

Perkara itu diumum pegawai medianya.

Boseman, berusia 42 tahun sebelum ini tidak pernah berkongsi masalah kesihatan dialaminya.

Dia disahkan menghidapi kanser itu pada 2016 dan meneruskan aktiviti lakonan seperti biasa dalam filem utama Hollywood.

Menerusi kenyataan dikeluarkan menerusi media sosialnya menyatakan, ia adalah satu penghormatan dalam karier Boseman untuk membawa watak Raja T'Challa dalam Black Panther.

Difahamkan, dia meninggal dunia di kediamannya dengan isteri dan keluarganya di sisi.